Wednesday, August 26, 2009

KEDAH SEJAHTERA

Dalam tempoh tak sampai setahun dua EXCO kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah letak jawatan.V.Arumugam letak jawatan beberapa bulan lalu atas masalah peribadi yang membawa kepada pilihanraya kecil Bukit Selambau yang dipertahankan PKR.Tiga hari lepas Mohd.Radhi Salleh, EXCO Pelancongan yang terkenal itu pula meletak jawatan.Selain dari itu kekelambutan di pejabat Menteri Besar,isu babi,isu elaun EXCO,isu moral pemimpin PR terus menjadi sebahagian dari warna-warni kehidupan kerajaan yang berusia16 bulan ini.

Itu semua adalah gambaran kepada sebuah kerajaan yang bercelaru dan hipokrit.Jauh dari itu kerajaan ini adalah kerajaan yang lemah,berselerak dan tiada agenda pembangunan untuk rakyat Kedah.Tanyalah kepada setiap rakyat Kedah yang tidak jumud kepada PAS,semuanya akan bersetuju bahawa hari ini rakyat Kedah sangat terhimpitKedah Sejahtera yang di canangkan sebagai slogan kerajaan negeri hanyalah membawa kesejahteraan kepada segelintir Pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar,EXCO Pas dan kroni-kroni mereka dalam GLC.

Rakyat terbanyak terus sengsara.Masyarakat peniaga menjadi tidak keruan lantaran kurangnya peluang perniagaan.Kontraktor bumiputra hanya mengharapkan projek kerajaan pusat .Projek kerajaan negeri kalau ada pun terpaksa melalui tapisan ketat pelbagai peringkat dalam PAS.Kalau tak dak contact dengan pegawai pejabat MB tak dapat la jawabnya.Pengurusan pihak berkuasa Daerah semakin teruk,cukai pintu dikutip,parking di kutip,berbagai lagi cukai diambil oleh PBT tetapi sampah terus berlambak dan tinggi menggunung di setiap daerah.

Yang sejahtera itu cuma mereka dan keluarga mereka.Balak terus di teroka,di curi, disamun dengan rakus.Amaran Jabatan Alam Sekitar sudah tak di endahkan lagi.AL Quran dan Hadis dah lama ditolak ketepi lantaran laba duniawi yang lebih memikat.Malang sungguh rakyat Kedah ditipu oleh Ulamak-ulamak bertopi ini.Siang pakai topi,malam pakai serban.siang pakai jeans malam pakai jubah.Malaun besar!

No comments:

Post a Comment