Hari ini puak-puak PAS,PKR,DAP dan yang sama waktu dengannya kenduri sakan la.Riuh rata kampung meraikan kemenangan Salleh Man sebagai Wakil Rakyat baru N11 Permatang Pasir.BN dari awal-awal lagi dah jangka akan kalah di kawasan kubu kuat PAS tu.tapi sekurang-kurangnya matlamat untuk "reduce majority" PAS tercapai.
Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari oleh orang-orang UMNO dan masyarakat Melayu dalam PRK Permatang Pasir ni khususnya berhubung prinsip perjuangan PAS.Pertama dibolehkan mncari aib orang lain atas nama kemenangan dalam pilihanraya,kedua hukum hakam menjadi haram dan halal ikut kesesuaian kehendak politik,ketiga yang jahat itu hanya jahat kalau tak sokong PAS,syurga neraka ditentukan oleh Nik Aziz,keempat berkahwin lebih dari seorang tiba-tiba menjadi tidak bermoral dan kelima mengumpat,memfitnah dibolehkan dalam bulan Ramadan.
Rakayat Permatang Pasir telah buat keputusan.Walaupun UMNO datang dengan berbekalkan rekod perkhidmatan yang baik selama lebih 50 tahun dan PR datang dengan auta sejak Mac 2008 ttetapi calon BN tetap ditolak.Makanya BN kena kerja berlipat kali ganda lagi untuk sebuah kemenangan.UMNO tak perlu gundah gulana dengan kekalahan ini.Kawasan ini memang kubu kuat PAS.UMNO perlu teruskan agenda perubahan sehingga rakyat sedar memilih selain dari UMNO dalam PRU13 maknanya memilih kecelakaan utuk bangsa Melayu, dan memilih kemusnahan untuk Malaysia.
Kita berharap semoga janji Anwar Ibrahim untuk lantik Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Pulau Pinang akan di tunaikan kerana itulah jawatan yang selayaknya bagi sebuah parti yang telah rela dipergunakan ahlinya,jenteranya, dan perjuanagannya dalam kerajaan DAP-PKR di Pulau Pinang.Sudah tentulah tiada jawatan EXCO untuk PAS yang dikatakan mrmperjuangkan Islam tapi dah tak cakap lagi dah pasal negara Islam sejakpemimpin-pemimpinnya di uji Allah S.W.T dengan kesenangan duniawi.Mereka semua sebenarnya bukan ulamak sejati tetapi ular dalam semak.
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment